MOE bakal lancar projek perintis guna permainan komputer bagi belajar moral
BH noted that MOE had developed a game for upper primary students, which would be used during Character and Citizenship Education (CCE) lessons. Students would be asked to respond to scenarios and tasks meant to simulate real social situations they might
experience in school, such as helping a new classmate, managing conflict during group work, or other scenarios that might help students reflect on how to be empathetic and communicate sensitively with others. Based on students’ responses, teachers
would lead discussions to reinforce the learning of social and emotional competencies. The game would be piloted in some schools in 2023 to complement existing CCE lessons and resources.
A/P Jason Tan shared his opinion on this move
by MOE to create a game to lead class discussion which encourages the development of empathy, care, respect and moral reasoning skills in pupils.
GUNA WADAH DIGITAL: Permainan komputer telah dibangunkan untuk murid darjah 4 hingga 6 untuk digunakan semasa pelajaran watak dan kewarganegaraan dan mengandungi enam adegan dan 52 tugasan untuk diselesaikan oleh murid. - Foto hiasan
MURID sekolah rendah peringkat atas tidak lama lagi dapat mengikuti pelajaran mengenai empati dan nilai moral melalui permainan komputer.
Dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE), permainan itu akan melalui tempoh ujian di beberapa sekolah tahun depan di samping sumber dan pelajaran semasa, kata MOE.
Menerusi permainan ini, pelajar akan diminta memberi respons terhadap senario dan tugasan yang diberikan, yang bertujuan untuk merangsang situasi sosial sebenar yang mungkin mereka alami di sekolah.
Ini termasuk situasi seperti membantu rakan sekelas baru, menguruskan konflik semasa kerja berkumpulan atau senario lain yang boleh membantu pelajar merenung tentang cara bersikap empati dan berkomunikasi secara sensitif dengan orang lain, kata MOE.
Dengan respons daripada murid-murid itu, guru boleh memulakan perbincangan untuk mengukuhkan pembelajaran tentang pengurusan sosial dan emosi, tambahnya.
Permainan komputer ini telah dibangunkan untuk murid darjah 4 hingga 6 untuk digunakan semasa pelajaran perwatakan dan kewarganegaraan dan mengandungi enam adegan dan 52 tugasan untuk diselesaikan oleh murid.
Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) ialah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah - yang mengajar mereka nilai moral dan membantu mereka memahami isu berkaitan membuli, media dalam talian serta soal kaum dan agama. Kurikulumnya telah diperbaharui tahun lepas.
Sistem itu dijangka mempunyai sejumlah 1,800 pengguna, dengan 120 menggunakannya pada masa yang sama setiap hari. Matlamatnya adalah untuk murid mengalami situasi sosial yang berbeza dalam persekitaran alam maya dan membuat pilihan tentang cara untuk bertindak balas.
Permainan ini juga bertujuan untuk membantu guru memahami bagaimana murid berkemungkinan bertindak balas dalam situasi sosial yang berbeza, dan menggunakan data yang dikumpul dan laporan yang dihasilkan untuk memudahkan perbincangan susulan dan merancang intervensi yang disasarkan.
Sementara itu, MOE akan memantau data di seluruh sekolah dan bekerjasama dengan guru mengenai aktiviti susulan yang disasarkan.
Profesor Madya Jason Tan daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE) berkata langkah MOE menggunakan permainan bagi CCE adalah untuk memanfaatkan secara aktif kemahiran murid dalam wadah itu bagi tujuan pendidikan.
Profesor Tan berkata bahawa penggunaan simulasi permainan yang membawa kepada perbincangan kelas adalah konsisten dengan pendekatan MOE untuk mengajar CCE, yang menggalakkan pembangunan empati, prihatin, hormat-menghormati dan kemahiran penaakulan moral dalam kalangan murid.
Profesor Tan, yang mengajar kursus CCE di NIE, berkata:
"Salah satu perkara yang kami cuba lakukan adalah untuk meminta murid mempertimbangkan mengapa seseorang melakukan sesuati perkara atau membuat sesuatu pilihan dan pilihan lain, bersama-sama dengan kemungkinan kesan setiap pilihan kepada orang lain - yang tujuannya adalah untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan orang lain."
Bagaimanapun, pendekatan sebegini mesti digandingkan dengan sokongan daripada persekitaran rumah kerana pembangunan akhlak adalah proses sepanjang hayat dan ibu bapa adalah pendidik utama pelajar, tambahnya.
"Mendedahkan murid kepada simulasi adalah satu cara, tetapi cabaran yang lebih besar adalah bagaimana mendapatkan murid menggunakannya dengan cara yang berdaya tahan, berterusan dan konsisten, bukan hanya di dalam bilik darjah," katanya.
"Salah satu perkara yang kami cuba lakukan adalah untuk meminta murid mempertimbangkan mengapa seseorang melakukan sesuati perkara atau membuat sesuatu pilihan dan pilihan lain, bersama-sama dengan kemungkinan kesan setiap pilihan kepada orang lain - yang tujuannya adalah untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan orang lain."
- Profesor Madya Jason Tan daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE).
Read the original article on Berita Harian.
Source: Berita Harian © SPH Media Limited. Permission required for reproduction.