Published on 02 Jul 2024

‘Pasang Surut’ jaya papar pergolakan emosi sambil kenang nostalgia

The biennial theater production "Pasang Surut" by NTU-NIE's Malay Language and Culture Association, Awallah Dondang, captivated almost 400 spectators at Gateway Theater. The performance evoked nostalgia and emotional reflection, prompting discussions with its open-ended conclusion. Despite financial and academic challenges, the production was a resounding success, with audience appreciation and feedback highly valued.

OLEH AUNI ZAFIRAH TAUFEK


Penerbitan teater dwitahunan Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (Perbayu), Universiti Teknologi Nanyang-Institut Pendidikan Nasional (NTU-NIE), Awallah Dondang, berjaya membawa penonton dalam perjalanan nostalgia penuh emosi.


Hampir 400 penonton menghadiri pementasan pada 14 dan 15 Jun lalu yang berjudul Pasang Surut, di Teater Gateway di Jalan Bukit Merah.


Ia berjaya menarik dan membawa penonton dalam satu perjalanan bagi mengimbau kembali memori, pergolakan emosi dan meningkatkan kesedaran tentang kesedihan masa silam.

Pengakhiran jalan cerita yang tergantung dan tanpa penamat yang tetap, membuka ruang perbincangan dalam kalangan penonton untuk membuat andaian dan takrifan sendiri.

Dalam kehidupan, kita juga perlu membuat keputusan dalam mengharungi kedukaan dengan sokongan orang sekeliling.

Perancangan dan latihan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya, telah membuahkan hasil yang baik.

Semestinya banyak yang dapat dipelajari kami sepasukan.

Cabaran dari segi kesempitan kewangan dan keseimbangan antara pelajaran serta tanggungjawab dalam Awallah Dondang adalah antara cabaran terbesar bagi mahasiswa dan mahasiswi yang menjayakan pementasan ini.


Walau bagaimanapun, pementasan Awallah Dondang berjalan dengan lancar untuk tatapan semua.


Para penonton juga dapat menggunakan reruai foto di mana gambar dan video diambil untuk dijadikan kenangan.

Ada juga yang menulis nota galakan untuk pelakon dan anggota kumpulan Awallah Dondang di reruai ucapan.


Kami terharu, sangat gembira dan amat menghargai kehadiran semua yang telah memeriahkan acara ini.

Sebarang maklum balas untuk penambahbaikan pementasan Pasang Surut amat bermakna bagi kami dan juga bagi pasukan seterusnya yang akan meneruskan tradisi seni siswa dan siswi ini.


Penulis ialah mahasiswa NTU dan juga penerbit Awallah Dondang 2024.

Media coverage